Wednesday, September 26, 2012

new parking system



























Admin percaya, semua penghuni Cemara telah menerima surat daripada pihak pengurusan berkenaan dengan perlaksanaan parking yang akan dilaksanakan nanti. Sebenarnya, hal parking ini telah dicadangkan oleh pihak pengurusan (effective trading) semasa mesyuarat AGM pada 29 July lepas. Di sini, admin post sebahagian drp minit mesyuarat AGM tersebut untuk makluman semua.






7.3.3 Masalah Parking
- Penduduk mendakwa sering mengalami masalah parking yang tidak mencukupi.
Ini disebabkan oleh ada segelintir penduduk yang parking lebih dari satu kereta di kawasan 
Pangsapuri Cemara.

- Walaupun Cemara mempunyai sistem ACCESS CARD iaitu hanya kereta yang Mempunyai Access Card sahaja 
yang boleh masuk ke kawasan Pangsapuri tetapi kerana sikap segelintir penduduk yang degil memaksa 
Pengawal keselamatan untuk membuka palang dengan mengugut Pengawal Keselamatan.Perkara ini memang 
tidak dapat dikawal kerana Cemara mengamalkan cara FREE PARKING.

- Pihak Pengurusan telah mengambil maklum tentang masalah tersebut dan telah mencadangkan Parking 
Lot Tetap dibuat bagi setiap unit iaitu pihak pengurusan akan memberi satu lot yang tetap kepada 
setiap satu unit dengan menanda lot NOMBOR RUMAH masing-masing pada PARKING masing-masing.

- Dengan langkah ini parking dapat dikawal dengan baik manakala parking sewa akan ditanda Lot Sewa 
dan sesiapa yang tidak membayar sewa yang telah ditetapkan pihak pengurusan akan membatalkan Access 
Card sesiapa yang berkenaan.

- Pelan Parking Lot Tetap setiap unit telah diedarkan kepada semua yang hadir dan ahli mesyuarat 
telah bersetuju dengan pelan cadangan tersebut,Notis Pekeliling
dan proses menanda lot akan berkuatkuasa pada bulan September 2012.



Jika anda ingin mendapatkan minit mesyuarat yang lengkap, sila email kpd admin di alamat aptcemara@gmail.com . Admin juga telah create poll berkenaan parking utk melihat berapa ramai yang setuju dan tidak setuju tentang perlaksanaan system parking ini.

Sekian.

72 comments:

  1. Usaha pihak pengurusan menetapkan parking lot bagi setiap rumah sangat dipuji demi kebaikan semua penghuni di cemara.
    Cadangan saya supaya pihak pengurusan memikirkan semula dan menangguhkan dahulu pelaksanaan penetapan lot parking ini.
    Saya mendapati pembahagian lot parking yang ditetapkan oleh pihak pengurusan adalah tidak adil dan tidak samarata. Ada penghuni yang mendapat parking lot yang jauh dan ada yang mendapat yang dekat dengan Lif/ Tangga.
    Didapati pengurusan hanya membahagikan lot parking mengikut susunan nombor rumah. Pihak pengurusan seharusnya mengambilkira faktor-faktor lain yang akan lebih memberi keadilan kepada semua penghuni. Jika pihak admin mengkaji dan memerhati, terdapat lot-lot parking yang dikira 'hot' parking kerana jaraknya dekat dengan lif dan tangga.parking hot ini seharusnya diperuntukkan kepada penghuni yang contohnya rumah-rumah yang membayar yuran penyeleggaraan yang lebih, penghuni di tingkat paling atas atau rumah paling hujung.
    Pembahagian lot parking yang dibuat oleh pihak admin hanya memberikan kelebihan kepada rumah-rumah tertentu sahaja yang mendapat hot parking secara kekal.
    Kami lebih menyukai sistem parking bebas, dimana semua penghuni akan dapat parking dimana yang kosong berdasarkan siapa cepat. kami tidak kisah dengan parking yang jauh bila balik lewat kerana kami tahu akan tiba giliran kami pula untuk dapat parking yang dekat bila kami balik awal.
    Mengenai masalah penghuni yang membawa masuk kenderaan yang lebih dari yang diperuntukkan tanpa membayar sewa dan mengugut pengawal bertugas sehingga memaksa pengawal membuka barier gate. caya mencadangkan supaya pengawal yang bertugas merekodkan nombor pendaftaran kenderaan terbabit. Pihak admin boleh mengenakan tindakan mengunci tayar kenderaan mereka dan menetapkan bayaran untuk membuka semula kunci tersebut.
    Mohon Pertimbangan pihak admin demi kebaikan dan kesejahteraan semua penghuni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum .. mcm mana skrg apt cemara masih aktif lagi ke 1 rumah 1 parking ? Saya dari penduduk apt desa satu aman puri kepong , menghadap pekara yg sama , lagi menyedihkan kan parking lot tidak mencukupi .. rumah 1800 unit , parking lot hanya ada 1100 unit sahaja , lagi 700unit itu kesian semua hanya dapat double parking .. bagi saya ini tidak adil

      Delete
    2. Assalamualaikum .. mcm mana skrg apt cemara masih aktif lagi ke 1 rumah 1 parking ? Saya dari penduduk apt desa satu aman puri kepong , menghadap pekara yg sama , lagi menyedihkan kan parking lot tidak mencukupi .. rumah 1800 unit , parking lot hanya ada 1100 unit dahh , lagi 700unit itu kesian semua hanya dapat double parking .. bagi saya ini tidak adil

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. ya betul......kenakan tindakan mengunci tayar..setakat tampal "No parking" di belakang kenderaan, hanya menunggu hujan turun untuk melenyapkan notis tersebut..

    ReplyDelete
  3. kalau x bagi masuk pun dah marah2 kat guard.....
    kalau di kunci atau clamp tayar kereta....saya tak tahu lah apa yang akan terjadi kepada cik guard kita....kalau kat uncle mungkin boleh melayan lag....kalau kat cik adik guard....entahlah.... (bukan memandang rendah)perkara ni dah banyak kali terjadi... ini yang saya tengok kat tempat2 lain...cik guard diorg nepal...tak tahu cakap melayu. .english...tamil...jawa..k.yang dia kenal no plate kereta atau yang ada kad access masuk je la... kalau tak sori.... contoh ...contoh....contoh...contoh je....



    satu unit rumah hanya satu unit kereta.....
    kalau nak lebih bayar sewa....
    tapi sewa satu bawa masuk lebih.....
    pemilik sewakan rumah.....
    penyewa rumah mempunyai 6 kereta.....
    semua nak bawa masuk....(aku bayar sewa apa)....
    pemilik rumah telah berumah tangga...
    suami isteri bekerja.....di kawasan berlainan....
    perlu lebih dari 1. 2. 3. 4 kenderaan....
    belum lag yang sedara mara datang......
    .........
    saya ada terbaca komen pada pos yang bertajuk parking oh parking....
    agak setuju jugak dengan anonymus.......tapi rasanya borang untuk kemaskini maklumat penduduk(pemilik&penyewa) ada di lihat di papan kenyataan berdekatan surau di blok 1.....
    pihak admin....tolong pikirkan.....

    macam katun wonder pet....
    apa yang penting.....kerjaaaaaaaasama....
    apa yang penting....kerjaaaaaaaaaasama.....

    ReplyDelete
  4. Hehe..
    Nak jadi macam wonderpet tu paling susah.
    Pihak commitee plan nak je tukar guard lain yg lebih tegas..tapi tak tau bila sebab skrg ni semua di kawal oleh Effective Trading. Skrg ni dlm proses nak take over akaun JMB drp pihak pengurusan.
    Saya nampak kat blok 2 dah ditanda dengan no. unit rumah pada parking. Tengoklah dulu macamana perlaksanaannya nanti. Sama ada boleh follow atau tidak. Tak guna juga kalau buat tapi takde org ikut. Sebab tu commitee perlukan kerjasama drp semua penduduk sebelum sesuatu undang-undang baru di buat.
    Berkenaan poll system dlm blog ni, admin dah tukar yg baru sebab poll yg asal terlalu basic kerana boleh vote banyak kali dlm satu masa. Utk lebih adil, admin telah tukar yg ada feature utk block drp multiple vote.

    ReplyDelete
  5. saya minta maaf jika kenyataan saya merobek hati pembaca lain di blog ini....
    maafkan saya......

    anon 619pm

    ReplyDelete
  6. saya baru lepas meninjau di blok 2.parking di blok sana telah ditanda dengan nombor rumah.seperti dijangka dari awal, boleh dilihat ada penghuni meletakkan motor di lot parking kereta..mungkin alasan yang diguna,"suka hati la, parking lot aku, nak letak motor ke kapal terbang ke"..
    boleh juga nampak disitu,satu parking lot kereta di letakkan banyak motorsikal (mungkin rumah tersebut tiada kereta)..tapi pada saya, ia cukup mengganggu kepada lot sebelah yang meletakkan kereta..pls la admin, sampaikan kepada pihak pengurusan.kita taknak cemara jadi macam kawasan apartment murah (maaf cakap) yang suka letak kon untuk menanda parking masing-masing.kita dah cukup peaceful sebelum ni.tak pernah berebut parking pon.

    so diharap,blok 1 tidak di tanda lagi dengan nombor rumah sehingga selepas mesyuarat yang dijangka bulan oktober depan.jika ramai yang bersetuju dengan designated parking,barulah kuatkuasakan. jika tidak, gap antara penduduk akan semakin luas.

    ReplyDelete
  7. anak ganu lag.....i like...betul la.....
    bila baca blog ni.....ada banyak info.....
    mungkin memang patut blok 1 tak payah ada designated parking kot....pasal lot parking blok 1 melebihi 100 lot....berbanding blok 2....rasanya la....saya pun tak pasti....nant admin boleh detailkan...

    INSYAALLAH NANTI 14/10/2012 MARI KITA RAMAI2 MERAMAIKAN MAJLIS MESYUARAT...SUPAYA MENDAPAT MANAFAAT SEMUA....

    sekali lag... sokong anak ganu lag

    ReplyDelete
  8. saya setuju JMB menentu parking lot untuk setiap unit rumah. Tak kira Block 1 atau Block 2 mana yang lebih parking lot, setiap rumah hanya ada 1 parking lot. Ini adil bagi semua penduduk dan elak gaduh prnduduk cemara. Parking lot dalam Apt Cemara adalah limited. adalah faham 1 keluarga ada lebih satu kereta sekarang, jika perlu sewa lah car park dengan pengurus. Semua unit rumah pun hanya ada 1 car park lot. Jika lain pemilik rumah apt cemara dan juga lain pemilik apt dan condo boleh mengikut undang-undang ini, kenapa awak tak boleh? Kita semua dapat pendidikan tinggi, tahu fikir, tahu kerjasama. tak boleh sebab untuk memenuhi segelintir orang suka hati, then tak jaga kebanyakkan kebaikkan orang. Kalau semua orang 'saya suka macam ini, saya suka hati nak park kereta tempat ini....', tempat ini jadi tidak aman dan tidak sejahtera. Fikir lah jika penduduk tak ikut undang-undang negara, semua orang buat megikut suka hati sendiri, apa jadi dalam negara ini?

    Untuk sejahtera apt cemara, kerjasama dan kefahaman semua penghuni dengan JMB adalah sangat penting.

    ReplyDelete
  9. untuk blok 2 yang dah dekat seminggu menggunakan lot personal.....saya nampak ada 2 masalah...untuk seminggu ni lah.....
    1- ada segelintir penduduk masih cuba untuk buat buat tak nampak n tak paham....(mungkin tulisan untuk tandaan terlalu kecil kot....)
    2- bila nak ubah tempat letak motosikal uang kat tengah2 tu...ada 3 lot yang terganggu....

    minta jasa baik admin untuk berhubung dengan management untuk maslah ni....
    kalau ada lot khas untuk motosikal minta di beri penjelasan....
    moga...
    tadi masa nak masuk ada nampak kat pondok guard telah ditampal notis untuk kerjasama...
    please park at your own parking lot..tq
    siap ada tq lag....

    anon 1135am
    saya setuju jugak dengan pendapat u...tapi......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin kurang pasti tentang lokasi sebenar parking motorsikal. Kalau ikut cakap guard, kat area hujung corner sana dan tempat area guard tu. Katanya managemant dlm proses nak buat tanda. Ini pun satu hal nak kena followup dgn Mr Richard.

      Delete
  10. Anon 1135am,saya fikir anda bukan bumiputera melalui komen anda.apa pun,masing2 punya pendapat sendiri.mungkin anda lebih mementingkan hidup secara privacy,tidak mahu atau perlu mengenali jiran2 kerana semua telah cukup untuk anda(ada rumah,designated parking) maka anda bersetuju dengan cadangan mgmt..atau andaian yang saya boleh buat,lot parking anda adalah berhampiran dgn lif!!penempatan yang tidak adil itu yang menjadi persoalan..kenapa perlu saya meletak kenderaan jauh dari lif sedangkan saya ada pilihan untuk meletak kenderaan berhampiran lif!saya ada anak kecil sentiasa bawa barang bayi yang banyak,rumah di tgkt 3 dan paling hujung maka lif adalah kemudahan yang jadi keperluan.maka saya sokong dengan kaedah free parking spt sekarang..siapa cepat dia dapat parking depan lif.as simple as that!

    ReplyDelete
  11. Cemara mempunyai 200 petak rumah, saya kira dalam lot parking baharu yang pihak pengurusan cadangkan cuma ada 167 sahaja. Cuba admin jelaskan sedikit dan minta semua penghuni sama-sama semak, mungkin saya yang silap kira

    ReplyDelete
  12. Kereta saya sudah kena tampal "Jangan Parking Ini Tempat" banyak kali. parking yang betul bagi kereta saya telah dihuni oleh abang2 motosikal. ayyooo...susah la ini macam.

    Lagi 1, penjenayah senang cari target jika tahu rumah seseorang. tambah pulak bagi wanita atau yang berkereta mewah..confirm dalam rumah pun "mewah".

    Pak Guard pulak kerja dia jaga keselamatan gate dia je.. bukan jaga keselamatan penghuni.

    Keadaan parking jauh gelap.bahaya..adoi...susah bagi yang dapat parking jauh.

    ReplyDelete
  13. Anon 5.42pm>Admin sendiri pun belum kira berapa jumlah parking yg ada. tapi kalau ikut cakap pihak pengurusan, parking ada lebih. Tak tau la berapa banyak lebih. Nanti besok admin cuba confirm dgn office management tanya berapa sebenarnya jumlah parking yg ada.

    En. Rambo>Pak Guard pun katanya pening kepala nak jaga pasal parking ni.Beginilah, kita tunggu sajalah meeting dgn pengurusan dan semua committe nanti utk cari jalan macamana nak settle perkara parking ni. Sementara tu, parking dulu tempat yg belum bertanda. Pasal parking gelap tu, maybe lampu jalan rosak. Dlm meeting lepas pihak comitte sudah report pada pengurusan supaya repair. Entah apa sebab belum buat apa2 lagi. Kalau En. Rambo ada kelapangan masa, cuba report lagi kpd management office.

    ReplyDelete
    Replies
    1. andaikata persetujuan dicapai,pelaksanaan dibatalkan, macam mana tindakan seterusnya? takkan padam balik nombor yang dah tercatat di parking tu.

      just curious.

      p/s: saya nak buat bantahan / aduan. Memang kena pergi mgmt office jugak ke admin?

      Delete
    2. apa yg admin fikir, nak usulkan kpd committee supaya buat satu survey setiap rumah utk dapatkan data sebenar berapa ramai yg setuju & berapa ramai yg tak setuju tentang parking baru ini. Kita ikut suara majoriti.

      Delete
  14. Pembahagian parking yang tidak adil. Rumah paling atas dan atas paling hujung dapat parking paling jauh. Lagi rendah rumah lagi dekat parking. Mungkin dah nasib tak baik untuk penghuni yang beli rumah paling tingi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengerusi ada buat pertukaran pada parking di blok 1 yg berdekatan court badminton. 1-G-09,10,11,12,1-1-09,10,11,12 (8 Lot parkir). Mungkin akan ada lagi pertukaran, admin kurang pasti.

      Delete
    2. Bagaimana pula dengan penghuni di tingkat 2,3 & 4 yang lot rumah 9, 10, 11 & 12. Masih tempat sama ke? Jauh dari lif dan jauh dari tangga?

      Delete
    3. Apa rasionalnya rumah ditingkat bawah diberikan parking yang dekat dan rumah di tingkat atas mendapat parking yang jauh?

      Delete
    4. Memang tak rasional dan hilang akal..macam nak cari pasal pun ye jugak..

      Delete
    5. Boleh admin mendapatkan sedikit penjelasan dari pengerusi atau pihak pengurusan mengenai hal ini?

      Delete
    6. Admin cadangkan ada baiknya penghuni yg tidak berpuas hati tentang kedudukan parking supaya dapat hadir ke meeting hari Ahad ni. Admin sendiri pun jarang-jarang berjumpa dgn pengerusi & wakil pengurusan.

      Delete
  15. Kenapa parking visitor di tempat yang dekat. Visitor bukan tinggal di cemara. Visitor parking seharusnya di berikan lot yang paling jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga. Admin akan cadangkan kpd committee

      Delete
    2. admin dah highlight pasal parking visitor ni,tapi pengerusi kata visitor mmg kena parking dekat dgn guard supaya senang kawal. Kat mana2 tempat pun praktis macam tu. Visitor parking dekat dgn guard.

      Delete
  16. betul tu penghuni cemara....
    usulkan dalam meeting...
    anak ganu...admin...dan sekalian rakyat jelata....sama2lah kita mengwar war kan kepada jiran2 dan sesiapa sahaja yang kita jumpa didalam kawasan cemara ini supaya dapat menghadirkan diri pada 14/10/2012 pukul 10 pagi....kalau boleh datang awal supaya semua boleh meluahkan isi hati masing2....

    apa pun terima kasih kepada admin dan juga seluruh warga jmb kerana berjaya menunjukkan wajah sebenar parking di pangspuri cemara ini sebenarnya banyak kosong....cuma sebelum ini ada pihak mengambil kesempatan....ada pihak terlepas pandang....
    kerana 10 tahun dulu ada 10 penghuni je...boleh la bw masuk banyak kenderaan.kini hampir 70% unit telah didiami....jadi sudah bertambab la kenderaan....

    minta jasa baik admin untuk menghubungi mpsj kembali kerana masih ada kenderaan yang diletakkan terlalu hampir dengan jalan keluar masuk apartment ini....

    penghuni cemara...nanti hadirkan diri pada 14/10/2012...
    moga boleh dapat berikan pendapat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 dewan mesyuarat dpt menampung jumlah kehadiran penduduk Cemara. Mungkin kena berdiri sebab kerusi tak banyak.

      Delete
  17. SEKARANG NI ADA MASALAH BESAR KAT CEMARA NI BAGI AKU.. DAH BUAT PETAK LETAK KERETA BASE ON NUM RUMAH.. TAPI STILL ADA ORG LAIN YANG GUNA PETAK PARKING TU.. SO MANA AKU NAK PARK KERETA AKU??? PARK KAT PETAK ORG LAIN DAH PULAK EMPUNYA PETAK BLOK KETA AKU LA.. DAPAT NOTIS DARI TUAN PUNYA PETAK LA.. DAPAT CALAR KAT BODY KERETA LA... BILA TYA GUARD..JAWAPAN DIA SAMA LEH PARK KAT MEMANA DULU.. SEBAB BLM KUATKUASA.. PERSOALANNYA, MANA AKU NAK PARK..??? KAT PETAK SEWA YANG TAK ADA NUM TU PUN DAH PENUH DENGAN KERETA!! PLS DO SOMETHING LA MGMT CEMARA!! KORANG KELUARKAN LA NOTIS LETAK KAT NOTIS BOARD TU KAT LIF KER.. KASI TAU YANG PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN PETAK PARKING SENDIRI MASIH DALAM PROSES DAN BLM DIKUATKUASAKAN!! BTW KALAU KETA AKU KENA DIPANCITKAN TAYA.. DI CALARKAN.. PIHAK MGMT CEMARA NAK TANGGUNG COST REPAIR KETA AKU KER?? KLU BOLEH CLAIM AKU TAK KISAH LA.. SO PLS DO SOMETHING!!!

    ReplyDelete
  18. Admin..ini kes serius ni..minta perhatian dari pihak pengurusan dengan segera...sebelum kes jadi parah, baik ambil tindakan dulu sebab nak tunggu 14 hb macam lambat lagi dan macam-macam boleh jadi di antara tempoh ni.memang di jangka akan jadi perkara seperti ni,masing-masing claim parking masing-masing lepas tu bergaduh sebab tak puas hati. (harap tak berlaku di blok 1)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkenaan hal ini, admin telah inform pengerusi & memberi cadangan supaya HOLD dulu perlaksanaannya. Namun, pengerusi minta bersabar dan tunggu sehingga 14hb. Apa pun, pengerusi telah arahkan pengurusan supaya hentikan dahulu kerja-kerja menanda lot parking di bahagian hujung belakang sana (pagar belakang) utk memberi kelonggaran kepada penghuni yg tiada parking. Admin juga ada nampak tanda parking baru bersebelah blok1, ini admin kurang pasti parking lot utk siapa.

      Delete
  19. Dah lama tak tgk blog ni sbb outstation..

    Apa masalah sebenarnya sampai kena ada sistem parking ni? Adakah tak cukup parking? Adakah berlakunya kereta double park didalam kawasan apartment cemara? (sampai kena tolak kereta lain yang juga berlaku seperti di flet2 PPR)
    Kalau tak cukup parking sebab dalam bulan lepas saya selalu juga balik rumah dalam pukul 3 pagi tetapi still dapat parking (cuma agak jauh sahaja.. kat area blok 1 banyak yg kosong).. Betulkan fakta ini sebab bukan hari2 saya balik lewat pagi..

    Pada pandangan saya sistem parking bernombor ni dilaksanakan disebabkan oleh management NAK DUIT parking daripada penduduk yg mempunyai lebih daripada 1 kereta dan nak parking dalam kawasan apartment tetapi tak mahu membayar sewa parking.. (cadangan parking bernombor ini disuarakan oleh Mr Richard - ejen pengurusan)

    Tetapi kenapa nak menyerahkan tugas ni kepada penduduk? Management NAK DUIT tetapi penguatkuasaan atau enforcement diserahkan kepada penduduk.. Kita bayar duit maintenance untuk apa?Sepatutnya management lah yang kena cari jalan.. Kalau salah tolong betulkan tetapi saya tetap akan sambung lagi (bagi lebih gambaran dan cadangan)..

    ReplyDelete
  20. Semalam kt Blok 1, dalam lebih kurang 10 min sebelum 12 tengah malam dengar bunyi hon kereta dua tiga kali panjang.. then teriakan "BODOH!!!" kerana parking yang diperuntukan untuk dia dah diambil org. i mean this parking issue getting worse now. Cadangan saya sekiranya nk teruskan parking lot tetap, sesiapa yang parking lotnya di ambil boleh terus report kepada guard dan guard kena buat sesuatu sama ada kunci (dikenakan bayaran untuk buka kunci dengan harapan agar mereka serik) atau catit no kereta supaya jangan benarkan next entry. kalau la berlaku pada 3-4 pagi penduduk juga yang tak tidur lena dan sakit hati..

    ReplyDelete
  21. Elok juga parking lot ditandakan dgn no.rumah,cumanya bila ada dgr2 pembahagian lot parking x adil (adil bukan bereti sama rata ttp meletakkan sesuatu pd tmpatnya) yg mana rumah tingkat atas & hujung diletakkan parking lot hujung agak kesian jugaklah.Management bleh fikir lg mcm mana nk bersikap adil kpd penghuni tingkat atas (buat undian ke apa ke).

    Pd sesiapa yg nk lot parking dekat/berhampiran dgn lif saya rasa masing2 nk sbb ada anak kecil or whatsoever reason.Sbbnya saya pn bg alasan yg sama juga,hehe.Pagi2 nk kena mengangkut 2 org anak kecil ke rumah babysitter.Kena bersikap terbukalah bab ni,ada org parking lg jauh dr kita xde masalah pn kn.

    Bab parking visitor saya pn setuju letak parking jauh sbb dorg tu hanyalah visitor,utamakan owner dahulu.

    Yg parking motor tu saya minta maaf krn lmbt ubah,maaf kpd RAMBO PARKING CEMARA sbb ada motor husband disitu,dia balik kg and saya selalu balik lmbt (x reti nk ubah2 motor tu juga).However,husband saya dh ubahknnya di tmpat sepatutnya.


    Resident

    ReplyDelete
  22. saya ada cadangan:

    1) parking berhampiran lif - diberi keutamaan untuk penghuni di tingkat atas dan paling hujung.

    2) parking menjauhi lif - semakin jauh lot parking dari lif, semakin dekat rumah penghuni dengan lif.

    3) semakin rendah tingkat, semakin jauh parking dari lif- tingkat G, biasanya tak perlu lif pon. ambil contoh blok 1 di hujung2 dah ada tangga,tak perlu tenaga banyak pun untuk naik tangga di bandingkan dengan tingkat 3 & 4. maka,parking berhampiran lif boleh dikurangkan sebanyak 20 lot (1 floor ada 20 lot).

    Penjelasan - penghuni rumah hujung, biasanya sanggup berjalan jauh di antara koridor untuk ke lif, dari lif untuk ke kereta pula. Maka parking berhampiran lif menjadi rebutan. dengan cadangan di atas, rumah berhampiran lif tidak perlu jalan jauh untuk ke lif,tetapi berjalan jauh ke kereta. rumah berjauhan dari lif, berjalan jauh untuk ke lif, tapi berhampiran dengan kereta. effort,tenaga untuk semua penghuni== sama.

    TETAPI, jika tujuan management office menetapkan parking untuk keuntungan sewa parking seperti yang dinyatakan di komen di atas, saya bangkang habis-habisan.

    p/s: saya setuju parking di blok 2 agak kritikal, tapi masih terdapat kekosongan,cuma perlu jalan jauh sikit..itu saja.tak terkecuali di blok 1 pon.kalau lambat, parking jauh la.

    ReplyDelete
  23. satu lagi cadangan, perkenalkan pelekat kenderaan. ada ke takde kad akses, tak kisah..tapi kalau xde pelekat, tak boleh masuk, or kalau masuk, treat as visitor.
    cadangan ni boleh hapuskan designated parking.free parking, tapi identified vehicle only.

    ReplyDelete
  24. ada 2 -3 komen yang boleh diguna pakai kat dalam ruang ni.ada juga komen berupa luahan perasaan.

    sistem siapa cepat dia dapat adalah terbaik.tetapi seringkali terlihat petak yang disewakan oleh pengurusan(bukan jmb)sentiasa kosong.seolah2 tiada sesiapa pun menyewa petak tersebut.apabila ditanya/lihat di pondok keselamatan tersenarai no rumah yg menyewa lot2 tersebut.kenapa ya.????mana perginya kenderaan yang sepatutnya diletakkan di petak sewa(ini sebelum lot paking personel ditanda)????

    anon 645.seniman
    saya sokong awak utk bantah tindakan pengurusan utk keuntungan sewa.tapi kalau ini sahaja jalan untuk mendisplinkan sesetengah pihak,saya akur.

    anon 1057
    pelekat kereta.rasanya masalah dengan pelekat ialah kekerapan bertukar penyewa seperti saya.nak tunggu kad pun dulu lambat.sebab penyewa sebelum tu tak pulangkan kad.saya yang terima padah utk bagi tau kat guard setiap kali nak masuk.
    lepas tu nanti pelekat kene beli ke???nak kene renew setiap tahun ke???

    admin ,boleh cadangkan pada mr richard supaya hapuskan sewa...dan tegaskan dengan 1 unit rumah hanya boleh ada 1 unit parking(kereta)....yang lebih letak kat luar...


    **ps:-bila tengok poll dah hampir 2/3 membangkang....
    -apakah tindakan admin dan jmb yang selanjutnya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas komen & cadangan. Tak mampu admin nak menjawab semuanya kerana admin pun tak ada pengalaman berkenaan hal parking macam ni. Kalau ikut teori di atas kertas, nampak macam mudah. Tapi bila betul-betul buat, baru nampak masalah. Poll online yg ada dlm blog ni tidak mewakili semua penduduk Cemara. Apa yg admin boleh cadangkan kpd committee adalah supaya buat survey di setiap rumah utk dapat data sebenar berapa ramai yg setuju & berapa ramai yg tak setuju. Apa yg admin fikir, suara majoriti yg akan menentukan sama ada perlaksanaan ini diteruskan atau tidak.

      Delete
  25. Rasanya owner cemara suka klau ada petak parking sndiri,yg kurang setuju rasa musykil juga.Adakah bleh bwk bnyk keta tu yg x setuju parking ditandakan no.rumah?

    Dekat atau jauh parking,no.rumah telah pn ditandakan cat.At least hargailah effort JMB & management utk buat sesuatu pasal parking ni,klau x kenapa mereka cat?Itu tandanya ada suara2 & majoriti penduduk bersetuju parking ditandakan no.rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 5.37pm..kalau pembahagian adil,takpela jugak..bayangkan rumah hujung paling atas dpt parking hujung dari lif..kena jalan jauh untuk ke lif n kereta..rumah tengah parking dkt dgn lif,rumah pon dkt dgn lif..adil ke mcm tu?kalau betul nak laksanakan,biar sama susah..bukan susah sebelah pihak je.lgpun selama ni apa yang kritikal sgt parking ni sampai nk kena letak nombor???tindakan ni seolah2 mgmt cuba cari duit lebih nak sewakan parking!!lepas tu laksanakan terburu2 sampai haru biru.patutnya,buat la survey dulu.jgn hentam kromo mcam kera lapar. Tgk2 parking dah bertanda..dah tgk blom satu kereta persona kat blok 2 kena pancit 4-4 tayar? sapa nak tanggung tu?jgn desperate sgt la mgmt...lebarkan jurang antara penduduk...

      Delete
    2. Saya mencadangkan parking sewa sahaja yang ditandakan dengan no. Rumah. Untuk menguatkuasakan peraturan 1 kereta 1 rumah, security guard mestilah tegas. Hanya 1 kereta 1 rumah dan penyewa lot parking yang berdaftar sahaja yang akan dibenarkan masuk. Kalau security tak boleh bertegas saya cadangkan security lah yang perlu dipertanggungjawabkan. Jangan pulak penghuni yang rasa tidak tenteram sampai bergaduh pasal lot parking. Sistem penandaan parking lot hanya menguntungkan sesiapa yang mendapat parking dekat lif dan dekat tangga. Yang lain akan rasa teraniaya. Maka akan timbul banyak perasaan tidak puas hati, maka akan timbul lah ketidakmesraan dikalangan sesetengah penduduk. Yang dirasakan teraniaya akan menterjemahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan perkara-perkara yang diluar kewarasan pemikiran. Untuk memuaskan hati semua orang memang mustahil, tetapi jangan sampai ada yang terasa dianayai.

      Delete
  26. dari tanah kita dijadikan....
    kepada tanah kita di kembalikan....

    ReplyDelete
  27. Anon 0615
    Terima kasih kerana mengingatkan...
    Tapi semasa perjalanan ini kita perlu meng eratkan silaturrahim......bukan kah ada antara hadith n ayat AL QURAN meng ingatkan tentang pentingnya menjaga silaturrahim....
    Saya cuba untuk betulkan....
    Maaf kalau menyinggung....

    ReplyDelete
  28. aku rasa dah menyampah dengan parking cemara ni..apa benda management office buat ni..tak dan-dan nak bagi sewa parking...weh bodoh! tunggu la meeting 14 hb ni...baru la decide betul2!!!nak bagi sewa ke apa ke...tak pasal aku dapat notis atas kereta suruh pindah tempat konon parking tu dah ada orang sewa..weh! aku bayar sewa jugak la..sebelum implement parking bernombor ni lagi aku dah bayar kat guard tu..siap dapat kad akses..yang gelojoh sangat nak kutip sewa tu aphal?!!!

    ReplyDelete
  29. dah abis dah bincang pasal petak kereta???!!!!!!
    so petak motosikal macam mana????!!!!!mana aku nak letak moto??!!!!kalau tpt aku kete dah masuk??????kang letak merata org marah???!!??!!?!
    apa ceriter ni????!!!??????

    ReplyDelete
  30. Boleh parking bawah blok 1 brader.......
    Bawah tu banyak boleh parkig moto
    Tapi brader kena jalan jauh la sikit nak balik rumh blok 2. Naik tangga sikit kat kolam renang lagi...
    Sabar ye bader....

    ReplyDelete
  31. bagus la anon 658.....
    saya doakan awak bahagia....
    moga doa orang teraniaya ini dimakbulkan....
    aminnnn...
    sabar ye. ..

    ReplyDelete
  32. eh betul jugak kan...dok cerita2 parking kereta...parking motor apeciter..apsal dok jauh sangat tepi hutan sana...sama-sama la turun 14 hb ni jam 10 pagi...kita boleh suarakan apa yang terbuku selama ni...air kuning ke,lampu tak nyala ke,...tapi agenda yang paling penting skali ialah parking la kan...sama2 kita turun ok?

    peace y'all.

    ReplyDelete
  33. peace....
    alih kan skali tumpuan pada en guard.......minta supaya jgn asyik bagi masok jer....

    ReplyDelete
  34. bila saya baca komen, byk yg tak puas hati ttg sistem parking ni... KENAPA BILA BUAT MEETING KORANG TAK NAK TURUN??!?! BILA TINDAKAN AGIHAN PARKING DIBUAT KORANG NK BANTAH?!?!?!!??! TAK PUAS HATI BAGAI...TAK ADIL LA...AT LEAST MANAGEMENT ADA GAK INISIATIF NK SETTLEKAN MASALAH NI...SETAKAT DAPAT PARKING JAUH PUN JADI MASALAH KE??? BUKAN NYER TAK DE LIF...BERSYUKUR LA WEI... BILA BENDA NI DAH JADI, HA BARU LA NAK TURUN MEETING SAMPAI TAK SABAR2 NK TUNGGU 14HB TU...

    ReplyDelete
  35. tak suka anon 10:23amOctober 11, 2012 at 1:50 PM

    Wei anon 10:23am..yang ko emo sangat ni apsal? patutnya, mereka yang attend meeting lepas kalau fikir kepentingan ramai, buat survey dulu, selit sekali proposed parking yang nak ditanda dgn rumah mana, dah dapat result,buat analisis, lepas tu baru la laksanakan..ni tak, bangun pagi tengok2 ada pelaksanaan parking bertanda..takde hujan ribut,nak kena follow jugak..parking pon start cat..parking sewa pon dah di bagi sewa untuk tempoh 6 bulan sekali renewal..dah sah-sah tak adil, rumah tingkat tinggi dan paling hujung nak kena jalan jauh, yang dekat dgn lif tak payah susah2 nak jalan jauh...lumrah manusia la,kalau takde kepentingan, takde nak menyusahkan diri masing-masing join meeting tu.sebab parking ni menyentuh kepentingan ramai dan ramai yang rasa tertindas, itu yang ramai bangkit, mintak pengurusan tengok balik pelaksanaan ni..bukan tergopoh2 nak kuatkuasakan jugak...ko ni mingkin dah dapat parking sedap, tu la pasal ko rasa best kan?!! semoga ko berbahagia la hendaknya ye...

    ReplyDelete
  36. anon2 semua...sudah2 lah tu.....
    sama2 kita bersabar ye....kita doakan yang terbaik untuk semua ye......
    janji 14-10-12 nant kita turun ok......
    turun ye...jgn tak turun ye...

    ReplyDelete
  37. anon anon atau pun yang dah letak nama pun ok lah....

    korang semua ada pegi kat ofis pengurusan tak???
    ada tak inisiatif nak tanya sapa yang nak tetapkan lot parking ni??
    ada tak korang tanya sapa yang tetapkan lot parking??
    ada tak korang tanya kenapa nak tetapkan jugak lot paking??
    ada tak tanya apa masalah yang sebenar??
    ada tak korang bazirkan sedikit masa korang utk datang meeting yang lepas2??

    maaf la taip macam ni...pasal makin aku baca komen2 kat sini...makin keliru jadinya....

    ada yg dpt jauh setuju....ada yang dapat jauh tak setuju???so mcm mana ye????
    ada yang kisah sangat....ada yang langsung tak kisah....
    dulu langsung tak ambil peduli...sekarang hari2 peduli.....

    maaf la ye...sekadar luahan pembaca blog cemara...

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada penduduk cemara, JMB dan pihak management,

    Untuk mengatasi masalah parking dan sistem parking bernombor ni saya mencadangkan:

    Laksanakan sistem access card + zon sticker + free parking but must parking within the zone.

    Kenderaan yang tak ada access card tidak dibenarkan masuk walaupun dia mempunyai sticker (untuk mengelakkan pemegang access card memberi sticker keretanya kepada kereta kedua)
    Kalau nak masuk juga guard wajib mengambil ID daripada pengguna kenderaan itu dan hendaklah parking didalam kawasan visitor. Jikalau kenderaan itu dikenalpasti selalu menggunakan parking visitor, guard wajib menghalang kenderaan itu daripada masuk.

    Sistem zon sticker + parking within the zone bermaksud:
    Peruntukkan 3 zone untuk parking kereta:
    1) Zone 1 - Sticker merah dan bernombor 1 besar (contohnya) - untuk penduduk blok 1 (1 unit = 1 access card + 1 sticker Zone 1)
    2) Zone 2 - Sticker hijau dan bernombor 2 besar (contohnya) - untuk penduduk blok 2 (1 unit = 1 access card + 1 sticker Zone 2)
    3) Zone 3 - Sticker putih dan huruf S besar (contohnya) - untuk extra parking bagi penduduk yang mempunyai lebih dari 1 kereta (1 unit extra = 1 access card + 1 sticker Zone S)

    Setiap sticker mestilah mempunyai no. plet kereta yang tidak boleh dipadam.
    Setiap pemegang sticker berhak untuk parking dimana-mana sahaja (siapa cepat dia dapat) tetapi wajib meletakkan kenderaannya didalam zone nya sahaja.

    Dengan adanya sistem ini, guard (terutamanya) dan penduduk haruslah proaktif dalam memastikan penduduk patuh kepada sistem zone ini.
    Kepada penduduk yang ternampak kenderaan yang tidak patuh kepada sistem ini haruslah melaporkan kepada guard.
    Sesiapa yang melanggar peraturan zone ini termasuk kenderaan yang tidak mempunyai sticker, kenderaan itu hendaklah diclamp.
    Kenakan caj untuk mencabut clamp kepada pemilik kenderaan yang ingkar.

    Kalau sistem access card rosak sekalipun sticker boleh menentukan samada kenderaan itu dibenarkan masuk atau tidak.. Tetapi kalau rosak harap management membaikinya dengan kadar segera supaya memudahkan guard memantau kenderaan keluar masuk.

    Saya berharap akan ada penduduk atau ahli JMB serta admin dapat menyuarakan cadangan saya ini pada meeting 14hb ini disebabkan saya outstation pada hari itu.
    Sekian terima kasih.

    Honda

    ReplyDelete
  39. Honda, cadangan ni bagus..saya nampak ia di guna pakai di pantai hillpark,tapi bukan free parking, cuma 2nd car ada zone parking tersendiri...ape pon, saya setuju aje penguatkuasaan sistem kad dan stiker dan free parking di amalkan...mungkin en Honda boleh suarakan pada borang survey yang terdapat dalam blog ni dan serahkan pada mr Samy, nnti mr Samy akan serahkan pada mesyuarat 14/10 nnti

    ReplyDelete
  40. saya setuju free parking+sticker+access card...
    tetapi...
    kalau masih nak pertahankan parking bernombor...
    sy mohon silalah hendaknya rombak semula nombor petak parking...
    sy pilih untuk tinggal disini kerana...
    walaupun apartment ni hanya ada 4 tingkat...
    tapi ada kemudahan lif...

    apa ke peliknya...rumah jauh dr lif...dpt paking pn jauh dr lif...
    rumah berdepan/sebelah dgn lif...dpt paking pn dpn lif...agak2 la...sblm parking bernombor ni
    dilaksanakan...semua mengharap dpt paking dkt dgn lif...realiti dan hakikatnya...lif mmg penting...dan dapat parking dekat dgn lif amatlah menyukakan hati ramai pihak....
    tp kalau nk ttp kan jugak parking bernombor...
    sila lah rombak semula....

    mslhnya...sblm ni selalu je balik lambat..
    pkl 2 pg pn pnh...tp ada je parking...
    kalau ada pihak yg double park atau parking suka hati....org tu la yg bermasalah....
    dh balik lambat...parking la jauh sikit....cit..

    sy akan join meeting ni...
    tp sy pilih....

    free parking+sticker+access card....!!!

    xde sticker.....clamp!!! management leh dpt duit....haha

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada penduduk cemara dan JMB,

    Saya terlihat didalam poll page ada penduduk yang bersetuju dengan sistem parking bernombor ni dan menyuarakan yang guard haruslah tegas.

    Kalau guard tegas dari dulu lagi takkan adanya masalah kenderaan sesuka hati keluar masuk dan parking sesuka hati.. Kalau dulu pun tak tegas apakah sebabnya guard untuk menjadi lebih tegas selepas sistem parking bernombor ini dilaksanakan?

    Kepada penduduk yang setuju kepada sistem parking bernombor ni saya nak bagi gambaran sedikit:

    Adakah anda rasa dengan adanya sistem parking bernombor ini guard akan lebih tegas (menguatkuasakan parking bernombor ini)..
    Saya rasa tidak disebabkan oleh guard tahu bahawa setiap petak parking ada tuan yang menjaganya (iaitu owner petak itu sendiri).. hari ini bolehlah dia layan untuk ambil hati penduduk supaya menyokong sistem ini tetapi NANTI dia akan cakap you punya parking you jagalah sendiri..
    Anda berharapkan simpati kepada sesama jiran..Jiran akan bercakap.. hahaha you punya parking you settlelah sendiri..

    Tetapi dengan adanya sistem zone sticker ini setiap penduduk (ada 200 unit) boleh bersatu hati untuk mengarahkan guard supaya lebih tegas.

    Dan yang paling penting iaitu mengawal kenderaan keluar masuk.. dengan adanya sistem parking bernombor ini saya rasa guard tidak akan menjadi tegas disebabkan dia pun tahu setiap parking mempunyai ownernya sendiri.. so bagi je lah masuk kalo bagi masuk pun dia tak boleh parking sebab ada nombor petak rumah setiap lot parking..

    Last2 guard pun takde.. palang dibiarkan naik sepanjang masa.. silap2 ada kes ragut didalam kawasan apartment ni..
    Adakah anda mahu?

    Mungkin anda beranggapan yang perkara ini tidak akan terjadi atau terjadi kepada anda tetapi fikir2 kan lah.. Jangan hanya mementingkan diri sendiri..
    Renung-renungkanlah..

    p/s: saya bukannya nak menghentam En. Samy dan makguard.. mungkin mereka diberi gaji yang rendah oleh pihak management maka itu dia tidak bertegas dari dulu lagi..
    Tetapi kita yang membayar RM100 setiap bulan ni haruslah melakukan sesuatu kepada pihak management..


    Sekali lagi.. Saya berharap akan ada penduduk atau ahli JMB serta admin dapat menyuarakan pandangan saya ini pada meeting 14hb ini disebabkan saya outstation pada hari itu. Sekarang ni pun dah outstation.. huhu

    Thanks anon 10:16 dan 10:24 kerana menyokong idea saya.. Saya amat berharap yang anda akan hadir meeting 14/10 ni dan menyuarakan cadangan saya ini.

    Sekian..
    Honda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea bernas drp Honda..admin percaya, committee members pun baca komen2 di sini..harapnya, akan ada keputusan yg adil dlm mesyuarat akan datang utk kebaikan semua penghuni Cemara.

      Delete
  42. Anggap jalan jauh sikit tu sebagai senaman..!

    ReplyDelete
  43. dgn hanya 200 ratus pintu rumah memang susah nak manage Cemara kita dgn kutipan bulanan.kalau peratusan kutipan boleh mencecah 90% ok la tu..!

    ReplyDelete
  44. kalau tempat lain.....dari kawasan tu bukak dah siap designated parking....so kalau dah lima tahun pun paking yang sama....so takkan ada bising cam ni.....jauh ke dekat ke tetima je....tapi kes ni special....dah sepuluh tahun baru nak buat....sama je kalau dah biasa smoking...tetiba nak suruh stop....bukannya senang....lagi satu pasal lif...lif...lif...agak nya anon yg selalu kaitkan lif dalam komen dier tu boleh pk tak...kalau semua lif rosak...u rasa tangga tu dekat tak dgn paking u....

    honda punya advise memang power....tapi saya yakin tempat yang en honda lihat tu...sudah mengamalkan sistem tersebut dari awal kan??? and sistem guard yang diktator kan...n management pun akan bantu guard selesai masalah...
    apa pun suka jugak dengan cadangan en honda....

    dan setuju jugak dengan penilaian sepintas lalu anon2...mmg banyak penghuni cemara ambil kesempatan atas kesopanan guard...dulu2 semua kereta didalam....sekarang bila dah banyak kereta kat tepi jalan. ..dah banyak ruang kat dalam cemara...

    utk abg moto yg harapkan keadilan dan hak dekat dengan lif mcm anon lif tu....moga kita bersama turun ye......

    apapun kita tunggu 14102012 ni utk pihak pengurusan menjawab soalan....

    ReplyDelete
  45. anon 8:57am....tangga pon dekat dgn lif apa...ha, memang saya sokong n berebut utk parking dekat dgn lif...lelaki ok la kan nak guna tangga..perempuan pon ok jugak nak guna tangga...kena perempuan mengandung? orang tua? lif rosak pon sekali sekala..so, lif ni kira keperluan bg kitorang..lain la kalau rumah anon 8:57am kat ground floor...apedehal nk kesah dgn lif...

    ReplyDelete
  46. NAK KOMEN SIKIT SEBELUM TURUN MTG..ADA SATU RUMAH,1-G-5 DAH SIAP MARKING NO PLAT KERETA DI LOT PARKING YG DITETAPKAN.DAH MULA ADA MANUSIA YANG SELFISH MACAM NI KAT CEMARA.ESOK2 ADALAH YANG LETAK KON PULAK.DAH MACAM FLAT MURAH CEMARA NI!!!

    ReplyDelete
  47. anti_parkingbernomborOctober 22, 2012 at 2:40 PM

    Admin!!!apa keputusan petak parking ni...!!!survey kata apa??aku dah tak larat nak jalan jauh dari parking ke lif ni!!!!

    ReplyDelete
  48. Keputusannya diteruskan seperti biasa sebab keputusan survey yg diperolehi setakat ini menunjukkan majoriti setuju petak parking bernombor.

    ReplyDelete
  49. Abis tu maknanya takkan ada reshufle parking la ni????adussss...menyampah pulak aku dgn JMB ni..penat weh nak jalan jauh balik rumah woi...!!!!lain kali buat keje pikir la logik JMB sekalian..mmg la pd setengah org ok sebab dpt parking jauh pon xde hal janji parking dh ada..aku ni hari2 nak usung barang byk tiap kali pegi balik keje dgn bawak baby lagi..arap jmb boleh consider reshuffle parking mcm yg cadangan kat atas..rumah jauh dgn lif parking dkt dgn lif..

    ReplyDelete
  50. En. Anon 8.52pm rumah no berapa? Admin cadangkan supaya berhubung terus dgn En. Idris (management office)/ Pengerusi (En. Jamali) berkenaan hal ini. Cuba minta tukar tempat parking yang lebih dekat.

    ReplyDelete
  51. anon lif....kalau u kat blok 2...saya nampak unit 2-g-16 kosong...ianya unit lelong....cuba mintak en idris bagi awak lot tu....

    ReplyDelete
  52. tak tau la JMB yang over re-act atau ada penduduk yang saja2 nak remind kat saya jangan parking depan lobby blok 1 depan surau..baru2 ni,saya park sementara di depan lobi berhampiran surau blok 1,puncanya sebab banyak barang perlu dibawa naik ke atas, jadi untuk memudahkan ulang alik, saya park situ sebab mudah dan berdekatan dengan lif. bila saya turun untuk ambil barang kali ke 2, saya tengok papan tanda "Kenderaan anda telah dikunci" diletakkan betul2 di pintu pemandu saya. Akibatnya, calar di bahagian skirting dan pintu.kalau si pembuat tu baca komen ni,MEH LA JUMPA ONE TO ONE KALAU TAK PUAS ATI!!!AKU NAK CALARKAN KETA KO PLAK!!!JAHANAM BTOL TANGAN2 DURJANA NI!!

    ReplyDelete