Siapa pemilik kereta ini. Adakah untuk di jual? atau rosak dan tunggu untuk dibaiki?
Kalau boleh, harap tuan punya kereta ini dapat pindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai supaya parking lot ini boleh digunakan oleh penghuni yang lain.
Sekian. Terima kasih.
-Nilai Murni Amalan Kita-
Update: Admin mendapat maklumat bahawa kereta ini telah ditunda keluar oleh MPSJ atas arahan pihak pengurusan. Rujuk gambar. Terima kasih kepada pemberi maklumat.
Kenapa penguatkuasaan letak kenderaan dilaksanakan?kenapa dengan situasi sekarang di mana anda boleh meletak kenderaan secara bebas?kan lebih mudah jika laksanakan sistem stiker?jangan menyusahkan penduduk dengan perkara remeh spt ini...menyusahkan orang ramai!!silap2 boleh bertumbuk sesama penduduk sebab berebut parking!!
ReplyDeletePengawal yang ada tidak berupaya untuk mengawal kenderaan keluar/masuk sebab itu banyak kenderaan yang terlepas masuk. Sepatutnya dengan akses kad sahaja sudah memadai untuk mengatasi masalah ini. Tak perlu stiker pun. Rasanya tidak timbul soal berebut parking jika masing-masing mendapat ruang parking sendiri.
ReplyDeleteI think akan ada berebut parking disebabkan oleh: apa privilege sesuatu owner itu untuk dapat petak parking berdekatan dengan lift. Disebabkan unit rumah dia berdekatan dengan lift? Kena fikir juga pada penduduk yg unit dia ditingkat paling atas tapi unit yang paling hujung bcoz I can see their parking paling hujung.. Takkan la nak kena naik tangga untuk ke tingkat paling atas.. I think the best solution is parking when there is empty parking.. Janganlah nak menyusahkan penduduk disebabkan oleh pengawal yang tidak cekap.. I tengok kita bayar diorang dekat RM4500 sebulan.. Untuk kawal kenderaan yang takde akses kad (must be visitor right?) ambil diorang nye driving license or any other ID (JCard pun boleh) and bgtau unit mana nak visit and their contact number.. I dont think this process will take more than 2 minute to complete.. and this process pun normal dekat mana2 security post..
ReplyDeleteTakkanlah hanya ada 200 unit pun nak kuatkuasakan designated parking
Harap dipertimbangkan..
Patutnya penduduk yang tak setuju pasal designated parking ni, awal-awal lagi komplen pada pihak pengurusan (mr. richard) sebab beliau yang proposed benda ni dalam AGM bulan Julai lepas dan majoriti ahli JMB yg meeting 9 Sept lalu juga bersetuju ianya dilaksanakan sebab tiada sebarang bantahan dibuat. Kalau fikirkan pasal privilege, semua org nak parking tempat yang paling dekat dengan lift dan dekat dengan rumah. Visitor takde problem, yg problemnya penduduk yg ada banyak kereta masuk dalam. Kad akses ada satu. Bila tak bagi masuk, guard kena hantam..ada idea apa nak buat?
ReplyDeletebenda ni masalahnya kejujuran.....
ReplyDelete1) visitor...mesti cik guard dah bagi tau kat mana nak parking...tapi stil nak letak depan umah org nak di lawat...
2) penduduk yg sewa parking...memang diorang dah bayar untuk letak kenderaan kat dalam...tapi bukan semua kenderaan depan rumah...bukan dah ada kawasan sepatutnya...
3) penduduk yg ada terlalu banyak lenderaan dan tak nak register pun n nak letak jugak kat dalam kawasan....
(saya ada ternampak borang untuk kemaskini maklumat penduduk ( tuan punya rumah @ penyewa ) & dalam borang tu ada tercatit jumlah kenderaan... no untuk di hubungi...)
ada sesiapa yang ambik peduli akan kertas tersebut...
saya setuju dengan sahabat kita....ada 200 unit je pun kat pangsapuri cemara ni....ada ambik tau tak berapa jumlah parkibg lot????(saya x tahu)
kalau dah satu umah kebanyakannya ada lebih dari 1 kenderaan...n x nak timbang rasa....
kita ada warga emas. ...ibu mengandung....keluarga yg anak kecil....kita ada penghuni kurabg upaya...
maaf jika ada yang terasa...
#ps admin.....terima kasih atas usaha untuks menyatukan...
boleh tak nanti hantar surat pintu ke pintu untuk next meeting...kalau letak dalam letter box cam kurang berkesan...
Terima kasih atas feedback ini. Masalah kejujuran ni paling susah nak ubah. Cara lain yg sesuai nak mendidik adalah nasihat/teguran sesama jiran dan jika tak berkesan juga, bagi saman/denda kpd yg tak ikut peraturan.
ReplyDeleteNotis mesyuarat hanya akan diberi kpd pihak AJK shj dan satu salinan akan ditampal pada notis board utk makluman semua penghuni Cemara. Jika nak hantar surat ke setiap rumah, nanti pihak pengurusan (effective trading)akan caj lagi kos pengurusan. Next meeting akan di buat pada 14 Oktober 2012.
Admin kalau boleh tak nak guna langsung kertas..just inform dlm email/blog sahaja
ReplyDeletekalau penyewa boleh join ke meeting ni?
DeleteAnakGanu> Boleh je nak join. Memang dialu-alukan semua penduduk Cemara turun ke mesyuarat. Lagi ramai, lagi baik. Banyak perkara boleh dicadangkan/dibincang nanti. Juga boleh tanya terus ejen pengurusan (Mr Richard) jika ada masalah. Suara drp penduduk Cemara diperlukan utk laksanakan sesuatu perkara.
Deletedalam notis untuk meeting tu tiada menyatakan pemilik unit pangsapuri cemara....yg tercatit ialah penduduk....saya rasa penyewa ke pemilik ke adalah penduduk.....
ReplyDeletesaya ada terdengar ada penduduk yang tak berpuas hati dengan sistem parking yang akan dilaksanakan......adakah antara yang tidak berpuas hati ini telah cuba meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat...?????sampai kertas di gigi pintu barulah nak mengajak penduduk lain untuk protes....maaf la....ada 200 unit je.....semakin hari semakin banyak unit bertukar milik dan bertukar penyewa....individu baru...masalah baru....etika baru...sivik baru......
**ps....hari ni saya nampak staff penyelenggaraan sudah mula menandakan lot parking....dan ramai jugaklah yang buat2 tak nampak...atau memang tak nampak lagsung.....masih lagi parking kereta sesuka hati.....
apakah masalah yang sebenarnya dihadapi....?????
Alahai...turun je meeting..takde org halang pun. tak kisah lah, penyewa atau pemilik. Selagi kita tinggal di Cemara ini, anggaplah kita sebahagian drp masyarakat Cemara yang sentiasa inginkan suasana yg terbaik di sini dengan menyumbangkan idea/cadangan utk kebaikan bersama. Dalam mesyuarat lepas, tak ada pula org yg komplen tak berpuas hati pasal parking ni. Semua OK je. Nanti saya create poll dlm blog ni, nak tengok berapa ramai yg sokong & tak sokong system parking baru.
Delete**belum siap sepenuhnya lagi kot, sebab tu ramai yg tak nampak/buat tak nampak. Entahlah, apa masalah sebenarnya pun admin kurang pasti. Nak kena tanya sendiri tuan punya badan baru kita tahu apa masalahnya.
Anon 11.36pm..sistem pembahagian agak tak adil. Tak perlu terburu buru nak laksanakan sistem parking baru ni,tengok mesyuarat 14hb akan dtg ni..dengar keluhan penduduk dulu. Bagus jugak diaorang cat line baru..senang nampak sikit..jangan lah bawak budaya penting diri ke cemara..macam tempat lain siap letak kon kat parking xnak bagi org masuk parking.lama2 masam muka la penduduk cemara..masing2 hal masing2..kita cukup harmoni sekarang..melayu india cina semua friendly.sebenarnya,masalah juga berpunca drp penduduk sekitar(vista n ruselia).sy pernah nampak penduduk vista parking dlm cemara n tggal kereta 2-3 hari di cemara.
ReplyDeleteLagipun masalah kecil je,boleh bawak berbincang dulu.sistem free parking pada saya agak selesa kerana berpeluang parking mana2 sambil kenal dengan jiran2..saya pernah sengaja parking di blok 2 walaupun rumah saya di blok 1 sebab saya selesa dgn suasana cemara yg mana penduduknya murah senyuman!! Saya menjadi warga cemara sejak januari lepas..rata2 sy berpuashati melainkan sistem parking baru dilaksanakan,akan wujudkan gap antara penduduk.
saya setuju dengan anakganu
ReplyDeletesini memang cukup murah dengan senyuman....
saya senang dok kat persekitaran sini....
*****
anon1136
Apa2 yg terbaik utk seluruh warga Cemara, admin sokong.
ReplyDeletesaya sayang admin sebab admin sayang penduduk cemara...
ReplyDeleteTerima kasih admin kerana setia membalas setiap komen yang diberikan samada komen yang bernas ataupun kemong yang komang2 je..
"Mulut senang bercakap..tangan susah nak buat"
hihihihi
Hihi..sama-sama kpd "kolam cemara banyak klorin". Admin hanya sekadar penyampai maklumat yg ada dlm pengetahuan admin shj dan cuba untuk berkongsi cerita supaya semua penghuni Cemara dapat manfaat. Apa yang baik kita sampaikan, apa yang tak baik, kita sama-sama cari jalan utk selesaikan.
ReplyDeletetak sabar nak pegi meeting 14 Okt ni..
ReplyDeletePengurusan telah menjalankan tugas dengan bagus bila meletakkan notis no. Parking kepada Mana-mana kereta yang telah parking terlalu lama dan tidak pernah bergerak. Pihak pengurusan boleh mendapatkan bantuan dari PBT untuk melupuskan kenderaan ini jika tiada pemilik yang menuntutnya setelah notis PBT tidak diendahkan.
ReplyDelete