Monday, July 30, 2012

Mesyuarat Agong Tahun ke-3 JMB

Hari ini telah berlangsung satu mesyuarat agung tahunan kali yang ke-3 badan pengurusan bersama (JMB) Pangsapuri Cemara.

Tempat: Gelanggang Badminton, Pangsapuri Cemara.
Masa: 10.30 pagi.

Agenda.

1. Pembentangan akaun JMB Cemara.
2. Melantik AJK yang baru bagi sesi 2012/2013.
3. Untuk memutuskan sama ada hendak mengekalkan atau mengubah apa-apa amaun di dalam caruman kepada wang pengurusan, wang penjelas (sinking fund) dan lain-lain.
4. Untuk membincangkan jumlah insurans yang diambil oleh badan pengurusan bersama (JMB) Pangsapuri Cemara.
5. Untuk memutuskan sama ada hendak meminda, menambah atau memasukkan undang-undang kecil yang akan berkuatkuasa (House Rule).

Kehadiran pemilik unit lebih kurang 15 orang sahaja.
Hanya 10 orang sahaja yang layak dilantik sebagai ahli JMB.
Mesyuarat kali ini telah sebulat suara melantik En. Jamali sebagai pengerusi baru bagi sessi 2012/2013.

Antara agenda yang paling hangat adalah cadangan untuk menaikkan caj maintenance sebanyak 20% bagi menampung kos bulanan yang sentiasa defisit. Majoriti telah bersetuju untuk menaikkan caj ini.

Cadangan kedua adalah untuk menetapkan nombor parking lot bagi setiap unit.

Mesyuarat ahli-ahli JMB bagi sessi 2012/2013 akan diadakan pada 2 Sept 2012.

Related Posts:

  • laporan groutingPagi tadi, bermula jam 9 pagi kerja-kerja gotong royong grouting di blok1 dilaksanakan dengan sempurna seperti yang telah dirancang. Dengan kehadiran … Read More
  • kolam Kerja-kerja membuat penutup longkang swimming pool nampaknya sudah hampir siap. Walau bagaimana pun, ada beberapa keping penutup in… Read More
  • vandalism-tangga blok 2Beberapa hari lepas, ada aduan daripada penghuni berkenaan dengan kegiatan vandalism di bawah tangga berhampiran unit 2-G-09 & 2-G-10. Didapati ad… Read More
  • kes kecurianAda laporan terbaru kes kecurian di kawasan pangsapuri Cemara. Kali ini kes kecurian komponen motosikal penghuni di blok2. Komponen yang telah dicuri … Read More
  • kebersihan tidak bertanggungjawab..buang sampah dari balkoni tahi kucing sampah di common area  selalu jumpa sampah area tangga  i… Read More

0 comments:

Post a Comment