Wednesday, August 3, 2016

Permohonan Skim Ceria

Salam hormat,

Untuk makluman semua pemilik Cemara, permohonan skim Ceria (pembiayaan cat bangunan Cemara) telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan negeri Selangor.

Oleh kerana bayaran pendahuluan perlu dibuat segera, minta kerjasama pemilik yang masih ada tunggakan dengan pengurusan supaya buat pembayaran segera agar kerja baikpulih ini dapat dilaksanakan segera.







Tuesday, February 2, 2016

Meningkatkan kawalan keselamatan

Salam hormat,

Pada tarikh 25/1/16 yang lepas, pihak security, penduduk dan juga JMB telah bermesyuarat bagi menangani isu keselamatan di kawasan kediaman Pangsapuri Cemara.

Hasil mesyuarat tersebut, berikut adalah peraturan yang telah dipersetujui dan akan dilaksanakan bagi memastikan isu-isu berkaitan keselamatan dapat diatasi.

Notis ini telah pun diedarkan ke semua unit dan akan diedarkan juga oleh pengawal keselamatan kepada penghuni yang tidak memilliki kad akses dan stiker kenderaan.

Kerjasama daripada semua penghuni Cemara amat diperlukan bagi memastikan kes-kes kecurian dapat dielakkan.


Tuesday, December 8, 2015

Individual Strata Title

Salam Hormat,

Untuk makluman, pihak pemaju telah menghantar notis berkenaan dengan pengeluaran strata individu kepada semua pemilik Cemara.

Sehubungan dengan itu, pemilik dikehendaki supaya berhubung dengan pihak peguam (seperti yang terdapat dalam surat tersebut) untuk menyerahkan beberapa dokumen yang diperlukan bagi tujuan memproses pengeluaran strata ini.


Mengikut akta Strata 2007, pembeli dikehendaki menyerahkan semua dokumen berkaitan dalam tempoh 12 bulan selepas notis diterima. 


Sekiranya masih ada pemilik yang belum menerima notis/surat strata tersebut, sila hubungi pihak pemaju kerana mungkin alamat surat menyurat tidak dikemaskini.

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila rujuk di pejabat pengurusan.

Thursday, October 22, 2015

pemasangan meter individu selesai.

Salam hormat,

Pemasangan meter individu di Pangsapuri Cemara telah pun selesai pada 10 Oktober lepas.
Hanya 105 rumah sahaja yang telah membuat pemasangan meter ini manakala selebihnya masih mengekalkan meter lama.

Kepada pemilik yang belum menukar meter & berminat untuk menukar meter individu, sila ke pejabat pengurusan untuk mendapatkan maklmat lanjut.


Meter Individu Syabas

Antara unit yang telah dipasang meter individu.

Tuesday, May 19, 2015

Status Permohonan Migrasi Meter Individu

Salam Hormat,

Untuk makluman kepada semua pemilik Cemara yang telah memohon meter individu, pihak Syabas telah pun meluluskan permohonan tersebut. Sekarang ini pihak Syabas memerlukan bayaran bagi tujuan pemasangan, deposit dan caj pemprosesan berjumlah RM134.60 bagi setiap pemohon.



Pihak Syabas hanya akan membuat pemasangan meter individu selepas semua bayaran tersebut diterima.

Oleh yang demikian, minta kerjasama semua pemilik yang terlibat supaya segera buat bayaran di pejabat Pengurusan agar proses pemasangan meter individu ini dapat dipercepatkan.

Kepada pemilik yang telah membuat pembayaran tersebut, pihak Pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Kepada pemilik yang masih belum memohon pertukaran meter individu ini, anda boleh medapatkan  borang permohonan di pejabat Pengurusan.